<body>

RECENT ENTRIES
Entry title: bisikan abadi continuation
Sunday, November 9, 2008 / 1:21 AM
Di apartmen Vuena, Azira tertawa kecil. Hatinya dikuasai rasa penuh kepuasan. Dengan bakat lakonan yang dimilikinya, menyakinkan orang bukan lagi suatu tugas yang sukar. Dia menuju ke arah meja solek yang terletak di penjuru katilnya, lalu menyisir serta membelai rambutnya yang lurus dan panjang. Sekejapan kedengaran telefon bimbitnya berdering berkali-kali, namun Azira tidak sedikit pun menghiraukannya. Telinganya ibarat sudah pekak dan hatinya sekeras-keras batu. Tiada lagi belas kasihan yang ditaruhkan kepada hamba Allah yang lain.

Di dalam beg tangan Coachnya, bunyi gegaran telefon bimbit Nokia N70 dapat didengar dengan jelas. Gegaran telefon bimbit tersebut dan deringan telefon bimbitnya berganti-gantian.

"Hah! Puas hati aku! Padan muka kau! Mentang-mentanglah engkau anak yatim, kau ingat semua yang kau inginkan, engkau akan dapat?! Oh! Tentu sekali tidak! Selagi Nur Azira Bte Dato' Hashim ini masih hidup! Langkah mayat aku dulu kalau kau nak hidup senang!" bisik hati kecilnya yang penuh dendam kesumat.

Senyuman sinis diukir seluas-luasnya di pipinya yang gebu. Wajahnya tidah ubah seperti makhluk halus yang bertanduk dua. Tidak padan kecil, ada sahaja niat jahat yang tersirat di sudut hatinya itu. Dengan penuh rasa kemenangan, Azira pun melelapkan matanya di atas katil sementara orang lain dilanda kebimbangan.


Fikirannya berkecamuk, hatinya gundah-gulana, lututnya longgar dan badannya ibarat sudah tidak bermaya lagi. Puas sudah Zulaikha mencuba untuk menghubungi Azira semula, namun gagal. Telefon bimbit Imran juga tidak berjawab. Rasa kebingungan meluru masuk ke hatinya setelah menerima panggilan daripada Azira tadi.

Petang tadi Zulaikha sepatutnya menghantar Imran ke lapangan terbang. Namun, nasib tidak menyebelahinya, urusan bisnes di pejabat menjadi penghalang pertemuan mereka sebelum Imran berangkat ke Eropah untuk meneruskan pelajaran. Pesanan ringkas dan perbualan di telefon menjadi pengganti diri. Hatinya retak seribu.

"Ya Allah! Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang. Aku memohon kepadamu Ya Allah lindungilah tunangku di mana jua dia berada. Jauhilah dia daripada sebarang bencana dan keburukkan serta panjangkanlah umurnya. Amin Rabbana Alamin!"

Nur Su'aidah Soib.

An Eighteen years old young lady,happily attached to Muhd Khairuddin.
5th of every March marks her special day.
Diploma in Design(Interior & Landscape).
A friendly,jovial lady with a crazy character.
"Namun, hati budiku, takkan pernah dapat engkau selami."






MusicPlaylist


our HoNeyMooN.♥
ICA♥
NADIA♥
FATEEN♥
DIYANAH♥
IZZATI♥
LIYANA♥
SHAHIRIYAH♥
MARZURA♥
JANNAH♥
SHABRINA♥
KAK DEE♥
HAKIM♥
RADYN
SHEIKHA
SHUHADAH
WAZEE
SHIDA
AZIZAN
B'UHH
BONNIE

© Layout done by materialisti-c. xoxo